Kompleks PKNS Shah Alam merupakan sebuah pusat membeli-belah yang terkenal dan popular di kalangan penduduk bandaraya Shah Alam dan sekitarnya. Setiap hujung minggu, ribuan pengunjung dari jauh dan dekat akan menuju ke Kompleks PKNS Shah Alam bersama-sama keluarga mereka dan sahabat handai untuk bersantai dan bersuka-ria. Sebagai pusat membeli-belah pertama di Shah Alam, kompleks tersebut masih berjaya mengekalkan posisinya sebagai salah satu destinasti yang harus dilawati.